Assalamualaikum warah matullah hi wabarakatuh,
Ketenangan jiwa dan minda yang saya cari di getaway tapi lain pulak yang datang.. Pada hari pertama, kecelaruan minda.. hari kedua.. kecelaruan idea.. hari ketiga.. baru semua fall into places.. Alhamdulillah. Insyaallah kalau berkesempatan saya akan ceritakan apa yang saya belajar di getaway saya to ya..
So, sekembalinya saya dari getaway, Allah telah memberi ujian demi ujian pada saya.. alhamdulillah, Dia telah menganugerahkan saya seorang suami yang amat memahami dan bersabar dengan saya.
Saya telah berjaya mengenalpasti kemampuan dan kepakaran saya selepas kepala dan otak saya dikopek, dikupas dan diselak lapis demi lapis. Potensi yang saya 'kuburkan' kat blakang blok rumah saya ni saya gali semula.
Insyaallah.. mulai hari ini, ini adalah komitmen saya pada pembaca dan sahabat tersayang.. dan juga pada diri saya dan keluarga tercinta:
Saya akan terus menulis dan berkongsi pengalaman dan ilmu saya. Saya juga akan mengadakan siri worksyop dan seminar untuk membantu wanita wanita (atau lelaki) yang ingin memulakan episod baru dalam hidup mereka. Mudah mudahan saya dapat memberi cetusan idea pada sahabat di luar sana, dan dapat menambah nilai diri mereka. Mudah mudahan juga, dengan sekelumit ilmu yang ada, diamalkan untuk kebaikan bersama, dapat saya jadikan bekalan sedikit cahaya di alam kubur kelak. Amiin.
Kepada yang sudi membaca posting saya. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Doakan saya agar saya kuat dan tabah ya. Sila tinggal komen tau. Saya amat memerlukan feedback sahabat sekelian untuk menjadi lebih baik.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment