Saturday, December 01, 2012

CITA CITA SAYA..

"Apa cita cita kamu?" Tanya Cikgu Jasmin pada Upin dan Ipin. Ya, saya pun suka layan cerita Upin dan Ipin dengan anak anak. Banyak mengembalikan kenangan silam. Boleh tersenyum sorang sorang bila teringat masa zaman kanak kanak dulu. Soalan tu mmang soalan favourite masa sekolah dulu kan? Dan jawapan nya sentiasa bertukar. Sama macam saya, polis, askar, promoter supermarket, doktor dan banyak lagi yang saya dah tak ingat. Tapi akhirnya saya sedar cita cita saya yang sebenar bila saya mengambil keputusan untuk berumahtangga dengan suami saya sekarang. Saya hendak jadi SURIRUMAH.
Saya tamat Diploma pada 1997 dan mula bekerja dari 1 bulan sebelum tamat belajar hingga ke bulan Februari 2010. Tapi bukan dengan 1 syarikat. Dengan banyak syarikat sampai saya pun dah lupa nama syarikat tu dan pelbagai jawatan dan bidang telah saya cuba. Puncanya ialah saya tak jumpa pekerjaan yang dapat memenuhi nafsu kreatif saya. Saya tidak suka pada kerja yg sentiasa sama day in day out. Dalam pada job hopping, saya turut menjalankan mcm mcm perniagaan MLM, direct selling, tolong jualkan kuih raya kawan kawan dan ibu sendiri dan macam macam lagi.
Pada 2001, saya ditemukan jodoh dengan suami saya yang juga punya pengalaman berniaga dgn arwah ibunya. Dia pernah berniaga di gerai, jual air, kuih muih dan juga nasi berlauk dengan arwah. Sejak saya berkahwin dengan beliau, perasaan untuk 'mencapai' cita cita saya tu semakin meluap luap. Namun saya tahan dan telan dulu sebab keadaan belum mengizinkan. Tapi saya masih tak tahu duduk diam, ada saja produk yang saya nak jual. Nasi lemak, biskut, t shirt, cloth diaper, makanan kesihatan dan macam macam lagi. Semua macam barang saya cuba jual. Sampai minyak enjin kereta pun saya jual! Tapi semua tak menjadi. Saya cuba ikut acuan yang upline saya tetapkan tapi bukan rezeki saya. Terlalu mengikut membuta tuli menyebabkan saya berhutang beribu ringgit dengan peminjam wang berlesen sampai tahap saya pernah demam 3 hari sebelum raya sebab kene kejar dengan collector. Dengan izin Allah saya berjaya selesaikan hutang dan taubat tak nak pinjam dengan peminjam berlesen lagi.
Pada 2004, saya mula belajar berniaga secara online dari seorang sahabat yang juga kaki berniaga. Saya pilih untuk berniaga secara online sebab masa tu saya sibuk bekerja tapi tetap nak berniaga jadi saya buat keputusan, berniaga online adalah cara yang paling mudah dan fleksibel. Dari situ saya belajar teknik promosi, jualan,urusan pembayaran dan lain lain.
Pada tahun 2009 saya mula berjinak jinak menjalankan perniagaan Diaper Cake dan mula membina perniagaan sendiri berasaskan pengalaman saya berniaga sebelum ini. Hobi saya memang membuat kraftangan dan saya ada pengalaman membuat gubahan hantaran. Jadi perniagaan ni memang "makanan" saya. Pada tahun yang sama anak saya yang ketiga dimasukkan ke hospital dan saya telah membeli kit percubaan jahitan felt utk saya manfaatkan sambil menemani anak saya di wad. Ramai nurse yang menegur dan ada yang minta nak tempah. Kemudian ting! Mentol menyala atas kepala. Felt Craft! Bila anak saya keluar dari wad, saya bertekad utk menjual kraftangan dari felt. Pengalaman menjahit, menyulam dan membuat kraftangan dari ibu masa kecil dulu saya manfaatkan. Makin lama tempahan makin banyak. Sampaikan saya dah nak dekat bersalinanak ke empat pun masih ada yang nak menempah lagi. Nasib baik sempat siap. Memang seronok berniaga partime ni tapi jauh di lubuk hati saya, saya masih simpan teguh cita cita utk bekerja menjadi surirumah.
Pada 1 hari tahun 2009, anak ketiga saya dimasukkan ke hospital atas sebab keracunan makanan.  Masa tu saya baru beli starter kit MADE IN CHINA utk belajar buat feltcraft.  Sambil temankan dia di wad, saya cuba menjahit ikut tutorial yang dibekalkan.  Banyak juga nurse yang tegur, "kak, boleh buat bisnes ni kak.."

Tiba tiba, mentol menyala atas kepala.. apa kata kalau saya jadikan hobi saya berkraftangan ni sebagai karier saya. Selepas berbincang dengan suami, dan menghadiri kursus Exec@Home anjuran Pn Lily Maznah Muas, saya tetapkan hati untuk capai cita cita saya: WAHM! Work At Home Mom. Keinginan untuk menyusukan bayi saya secara eksklusif juga menjadi pembakar semangat saya. Alhamdulillah pada Feb 2010, saya menjawat jawatan baru: WAHM. Tercapai juga cita cita saya akhirnya.
Pada mulanya memang sukar. Stress dengan kerenah 4 orang anak (dulu semua hantar taska). Nak uruskan kerja rumah, nak siapkan tempahan, nak buat kerja kerja pentadbiran perniagaan dan nak menahan perasaan terperap dalam rumah. Saya menghadapi masalah kemurungan hampir 6 bulan tapi alhamdulillah saya ada ramai sahabat seangkatan yang beri sokongan. Dan sekarang selepas 2 tahun lebih menjawat jawatan WAHM, saya dah boleh sesuaikan diri. Malah saya tidak akan berfikir 2 kali untuk menolak sebarang jawatan lain yang ditawarkan pada saya yang akan menyebabkan saya terpaksa kembali ke dunia pekerjaan 9-5. Ya, saya masih tepuk dahi dengan kerenah anak anak, tak dapat cuti sakit bila demam selsema dan urut pinggang lepas buat kerja rumah tapi yang penting sekarang adalah kepuasan yang saya dapat. Tak semua orang dapat merasa untuk di bayar bila ber hobi di rumah di samping ank ank tersayang. Saya pun dah ada hobi baru, bermain alat muzik. Peminat saya, ank ank saya. Saya juga perasan yang saya boleh menyimpan lebih banyak duit bila bekerja dari rumah berbanding dengan bekerja 9-5 dulu. Hati senang, buat kerja yang saya minat, tak perlu risau nak pakai kerja baju apa bila celik mata waktu pagi, anak anak ada depan mata,tak perlu layan politik pejabat, tak perlu redah jem, penat balik keerja nak urus ank ank dan rumah lagi.. Kalau nak senaraikan memang panjang.
Yang paling penting adalah saya mendapat kepuasan yang saya inginkan sejak dari 1997. Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment