Friday, November 30, 2012

I'M BACK!! (PART 1)

Alhamdulillah.  Selepas sekian lama menyepi, akhirnya saya dapat kembali ke blog yang SANGAAAAT saya rindui ni.  Mungkin pada pembaca, tak adalah lama sangat pun.. tapi bagi saya yang kerap ke sini, sehari rasa setahun.

Saya tak pasti sama ada semua orang tahu yang ketika ini saya memegang jawatan ibu, laundry manager, chef, housekeeping manager, financial controller, guru disiplin, playgroup teacher, nurse, lawyer, kaunselor, masseusse, handmade crafter, craft teacher dan writer.  Fuh!  1 nafas menaip tu.  And yes, kalau nak diringkas kan dengan 4 perkataan, saya adalah WORK AT HOME MOM.

Saya sedikit sibuk sejak cuti sekolah bermula. Melayan anak anak, menguruskan rumah tangga, menyiapkan tempahan, melatih anak anak kejiranan untuk persembahan nasyid sempat jugak belajar main percussion dari suami tercinta.  Pendek kata saya cuba nak jadi SUPER MAK.  Tapi dah nama pun cuba.  End up, anak anak banyak layan diri.. rumah pun pakai express cleaning.. anak anak jiran dapat latihan pun pakai ikut sempat (nasib baik pick up diorang cepat) dan percussion dapatlah lepas sebeduk dua.  Huru hara rasanya hidup ni..  Kebetulan pulak timbul berita yang menggundahkan hati ibu dan ayah saya yang tercinta.  Dalam kesibukan dan tekanan menjadi supermak, saya jadi bertambah risau akan keadaan kesihatan 2 insan tercinta yang memang telah didiagnoskan ada masalah jantung.

Untuk sesetengah orang ini sudah cukup untuk bagi mereka menangis/mengamuk/nervous breakdown.  Tapi alhamdulillah, berkat pengalaman lepas, saya masih boleh berfikir dengan waras dan control paip air yg duduk kat penjuru mata saya.  I have to be strong for my loved ones!  Itu declaration saya pada diri sendiri setiap hari.

Dalam celah celah huru hara jiwa kacau saya ni, Allah telah aturkan agar saya dapat loloskan diri untuk ke seminar IJI Dr Azizan Osman yang menjadi get away saya selama 3 hari.  Alhamdulillah, ibu dan suami bergilir gilir menjaga 4 cahayamata saya yang tercinta dan merestui getaway saya ni. Saya pergi dengan sahabat baik seangkatan saya.  Masing masing mmg dah desperate perlukan ketenangan jiwa biarpun sekejap.  Ingatkan pergi sana dapat ketenangan, TAPI...



* ikuti sambungan di Part 2..

No comments:

Post a Comment