Tuesday, March 26, 2013

KEDAI ADIK MASUK HARIAN METRO!


Alhamdulillah, hari ni Kedai Adik dapat coverage dari Harian Metro. Terima kasih Allah di atas rezeki dan peluang yg telah Engkau kurniakan.

Ini adalah link utk artikel di atas: http://www.hmetro.com.my/articles/2013032609205320130326092053/Article
Ini artikelnya:

Tersentak selepas mendengar nasihat seorang pakar motivasi yang menyatakan jangan sesekali kita lokek berkongsi ilmu dengan sesiapa saja, Noor Hidawati Mohd Juki, 36, mengambil keputusan mengajar seni kraftangan kepada golongan wanita daripada pelbagai latar belakang berbeza.
Wanita bergelar ibu tunggal, suri rumah dan guru antara mereka yang setia menjadi anak muridnya untuk satu tujuan iaitu menambah ilmu di samping boleh menjana pendapatan lebih sekalipun hanya melakukannya di rumah. 
Ibu kepada empat cahaya mata ini percaya sekiranya kita jujur dan ikhlas berkongsi kebolehan bersama orang lain, Tuhan akan memudahkan serta memberi lebih rezeki dalam kehidupan mereka. 

“Saya kerap mendengar keluhan ramai wanita yang mahu belajar seni kraftangan atau apa saja kemahiran tetapi tidak tahu cara memulakannya. Selain itu, ada juga wanita yang mahu dijadikan guru itu tidak sudi mengajar mereka.

“Alasannya, mereka khuatir hasil tangan dan perniagaan sedia ada terjejas sebab akan ditiru bulat-bulat lalu me-nutup pintu rezekinya.

“Saya memang tidak bersetuju de-ngan cara ini kerana bagi saya, jika kita berusaha dan tidak lupa berdoa kepada Tuhan, pasti bahagian yang selayaknya kita terima akan dirasai juga. 

“Soal tiru atau tidak hasil seni kraftangan seseorang, berkaitan dengan kreativiti dalam menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain. Jika kerja seni kita ditiru, cuba hasilkan rekaan baru yang lebih menarik hati dan disukai orang ramai. Ia semudah itu saja,” katanya. 

Mengajar kira-kira 30 wanita, sambutan yang diterimanya itu membuat-kan dia teruja kerana dapat membantu mereka melakukan perkara positif dan berpotensi untuk dikembangkan menjadi perniagaan pada masa depan. 

Malah, dia juga gembira apabila bukan setakat golongan wanita, kanak-kanak juga antara pelajarnya yang bijak dan banyak melontarkan idea baru dalam penghasilan kraftangan mengikut perkembangan semasa. 

Antara barangan atau kraftangan yang dihasilkannya adalah sarung kotak tisu, potpuri pelbagai bentuk, bekas jarum dan lapik cawan menggunakan kain felt berkualiti. 

Menyoroti kisahnya dalam bidang ini, Noor Hidawati mengakui ia berlaku secara tidak sengaja. Segalanya bermula di hospital ketika menjaga dan menemani anak ketiganya yang tidak sihat sekitar 2009. 

Sambil menunggu di tepi katil, dia memulakan jahitan menggunakan pek permulaan bersaiz kecil yang dibeli lalu mula membentuknya. Siapa sangka perlakuannya itu diperhatikan ramai jururawat bertugas lalu seorang daripada mereka memuji hasil kerjanya. 

Terkejut dengan pujian itu, dia dihujani pula de-ngan idea daripada mereka yang menyatakan seni kraftangan moden seperti ini boleh menjana pendapatan menerusi jualan secara dalam talian. 

Mengambil cadangan itu dari sudut positif, dia mengatakan pada diri sendiri ada betulnya apa yang disarankan jururawat berkenaan. 

Justeru, secara perlahan-lahan dan atas restu suami tercinta, dia mula membuka perniagaan dalam talian menerusi kedaiadik.blogspot.com walaupun pada ketika itu turut sibuk menguruskan karier sebagai setiausaha dan rumah tangga. 

“Saya mula membuat potpuri dan beberapa barangan lain kemudian memberikannya kepada rakan di tempat kerja. Bermula dari situ, saya mendapat maklum balas meyakinkan sehingga menerima tempahan dalam kuantiti banyak untuk satu majlis perayaan. 

“Lama-kelamaan, tempahan yang saya terima semakin banyak dan disebabkan masalah kekangan waktu antara kerja serta keluarga, saya membuat keputusan berhenti kerja secara rasmi pada Februari 2011 selepas berbincang bersama suami. 

“Sejak itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Apabila mula mendapat pertanyaan daripada pelanggan yang mahu belajar membuat krafta-ngan, saya tidak mahu menghampakan mereka dan berkongsi segala ilmu yang ada ini bersama-sama,” ujarnya yang sudah belajar menjahit sejak berusia sembilan tahun lagi. 

Tambahnya, tanpa minat dan kesungguhan juga mungkin dia, malah sesiapa yang mencuba bidang ini tidak akan berjaya kerana minat dan mempunyai idea kreatif menjadikan penghasilannya lebih mudah. 

Jika tiada kesinambungan antara kedua-dua elemen itu, sudah pasti hasilnya tidak menjadi seperti yang diharapkan. 

Justeru, jika sudah berminat tetapi tidak mempunyai pengetahuan mendalam untuk mencorakkannya, Noor Hidawati menasihati berguru terlebih dulu dengan sesiapa yang mempunyai kemahiran berkenaan. 

Baginya, menerusi kelas seni kraftangan yang dihadiri pula pasti memberi manfaat kerana dapat bertukar fikiran dan mencari idea baru untuk menambah baik penghasilan apa saja jenis seni kraftangan yang mahu dilakukan. 

Menyentuh perancangannya pada masa depan, dia berhajat membuat bufet manisan bersama rakan kongsinya dari Seremban, Negeri Sembilan dan mengetengahkan seni kraftangan moden kontemporari ke peringkat lebih tinggi. 

“Saya akan berusaha membawa kraftangan moden kontemporari tempatan ini untuk lebih dikenali dalam kalangan masyarakat amnya dan dunia khasnya menerusi pameran di ekspo besar yang disertai ramai penggiat seni kraftangan sama ada secara serius mahupun tidak,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/26


Sunday, March 17, 2013

VARIETIES OF TISSUE BOX COVERS










UntuK sebarang pertanyaan, sila sms saya di 019 6430260 atau email ke wattnerd@gmail.com.

Tuesday, March 05, 2013